Monday 11 April 2011

FaKtA MeNaRiK Tentang Infinity Downline

Perkara yang menarik tentang program ni..

1. Kite tak perlu maintain jualan. Tak perlu ada sales target. Dapat 1st client dah pulang modal.

2. Komisyen adalah 100% milik kita. Bukan setakat 35% je macam jadi agent takaful. Dan amountnye takkan menyusut.

3. Bergantung pada downline, selagi downline kita masih ada, selagi itu la kita akan dapat komisyen kita.

4. Berbaloi untuk kita usahakan sebab banyak kita dapat client banyak la komisyen kita dapat. Tapi kalau takaful tu, banyak kita usahakan, banyak lah yang syarikat dapat. Penat2 usaha still company yang lebih untung.

5. Adanya reverse 2 up.

6. Kos untuk mendapatkan downline tak terlalu mahal. Tak perlu jumpa prospect, tak perlu nak telefon. Hanya perlu promosikan laman web. Banyak yang kita boleh jimat. Malah boleh promosikan serata Malaysia hanya dengan klik2.

Itu lah dia sebahagian daripada pengalaman aku, sedikit sebanyak suke dan duka

Tuesday 29 March 2011

Tips Kejayaan

Semua orang impikan kejayaan dalam setiap apa perkara yang dilakukan sekalipun. Tiada siapa dalam dunia ni yang inginkan kegagalan dalam hidup kerana manusia hidup harus mempunyai matlamat. Entri kali ini mahu mengajak semua untuk berusaha kenali diri dan bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik demi mencapai matlamat hidup masing-masing:
  1. Niat biar jelas – Jangan sesekali anda melakukan sesuatu berdasarkan niat yang tidak baik. Anda harus yakin, kenapa anda ingin lakukan sesuatu. Bagi orang Islam sudah semestinya disandarkan kepada Allah SWT kerana setiap sesuatu niat yang baik adalah hasil pertolongan-Nya.
  2. Cuba kenali diri - Jika kita renungkan, sudah berapa lama kita hidup di dunia ini…kenalkah anda pada diri anda sendiri? Kita mungkin mudah mengenali orang lain dengan mengkritik setiap kesalahannya tetapi kita tidak pernah selidik tentang kelemahan kita atau muhasabah diri. Setiap manusia mempunyai kelebihan yang luar biasa yang Allah kurniakan. Tidak kurang pula kelemahan yang wujud dalam diri sebagai hamba yang sama bagi setiap manusia tidak kira kaya ataupun miskin.
  3. Tetapkan matlamat hidup – Rata-rata manusia kini mudah berubah pendiriannya dalam mengendalikan matlamat hidupnya terutama apabila dilanda pelbagai masalah. Tidak ada kejayaan tanpa ujian dan itulah nikmat bagi kejayaan apabila kita berjaya mengharunginya.
  4. Buka minda dan hilangkan persepsi yang negatif – Jangan sesekali kita mudah patah semangat dan menganggap semua kejadian yang tidak diingini sebagai takdir yang tidak baik sebaliknya, terus memotivasikan diri kerana setiap kejadian ada hikmahnya.
  5. Buangkan kata-kata negatif - Bersifat positif dalam setiap perbuatan termasuk percakapan yang mampu mendorong ke arah kejayaan. Didik diri kita melalui kata-kata peransang yang mampu membangkitkan aura dalaman kita.
  6. Pedulikan apa kata orang lain – Perlu diingat bahawa, kita bertanggungjawab secara mutlak atas diri kita dan bukan orang lain. Untuk apa kita terpengaruh dengan pandangan orang lain kerana mereka tidak berhak menentukan kejayaan kita sebaliknya kita yang mencorakkan setiap perjalanan hidup kita.
  7. Menteladani kisah-kisah orang yang telah berjaya – Ini adalah sebagai salah satu sumber inspirasi bagi diri kerana kebanyakkan manusia lebih gemar untuk menjadikan pengalaman hidup orang yang berjaya sebagai panduan bagi hidup mereka walaupun berbeza dari segi bagaimana mendapatkan kejayaan tersebut.
Sekian.